Wednesday, 21 January 2015

Cara mengesan produk yang merbahaya (hidrokuinon/merkuri/tretinoin)

Adakah anda sering terpengaruh dengan iklan produk pemutihan yang menjanjikan pemutihan kulit dalam masa 3 Hari? Jika Ya, anda perlu berhati-hati. Tiada jalan yang singkat untuk cantik melainkan anda RAJIN sahaja. Putih melepak sepatutnya bukanlah menjadi pilihan utama wanita-wanita Malaysia sebaliknya Wajah yang BEBAS CELA adalah lebih utama. Kerana tak kira apa sahaja ton warna kulit kita, kita tetap nampak CANTIK bila ia bersih TANPA CELA.
PUTIH bukanlah pilihan yang tepat untuk kelihatan CANTIK semata-mata. Orang Eropah sendiri mahukan kulit yang agak 'Tan'.


5 Cara utama untuk anda kesan produk yang mengandungi Merkuri/Hidrokuinon :

1. BAU
Kebiasaannya produk hidrokuinon mengandungi bau yang agak keras.Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat untuk tutup bau yang agak kuat ini agar bau logam merkuri dapat ditutup. Jika krim yang anda beli berbau logam atau terlalu wangi, ia boleh dimasukkan dalam senarai 'disyaki'

2. WARNA
Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika anda buka penutup krim, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan/hologram. Anda boleh cuba oleskan krim pada wajah dan lihat terus di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda samada ada atau tidak kesan kilauan (ala-ala merelip gitu). Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.

3. TEMPOH
Krim yang mengandungi hidrokuinon/merkuri biasanya memberi kesan yang agak SINGKAT & CEPAT. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukanlah cerah semulajadi & berseri-seri.

4. SENSITIF
Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi & sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik matahari, kulit akan berasa pedih dan kemudiannya menjadi merah seperti udang dibakar.

5. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI
Mesti ramai suka kan? Yela jerawat dah tak naik, kulit pula makin putih. Awas ya, itu bukan petanda bahawa krim tersebut telah memulihkan wajah anda sepenuhnya tetapi ia PETANDA AWAL bahawa LAPISAN EPIDERMIS KULIT ANDA TELAH ROSAK! Kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi melindungi kulit dari pancaran radiasi.
Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah pada kulit kita. Bakteria pun TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri/hidrokuinon demi kecantikan yang SEKETIKA?


Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbuk BINTIK-BINTIK HITAM dibawah kulit dan tumbuh merata pada wajah. Lama-kelamaan, kulit akan menjadi warna kelabu dan akhirnya kehitaman,dan yang PALING TERUK ADALAH APABILA KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya.

Jika info ini membantu anda, Sila sebarkan pada rakan-rakan sebelum terlambat. Penipisan kulit yang melampau dan tiada perlindungan yang sepatutnya boleh menyebabkan Kanser Kulit.

Sayangi kulit anda :) WE LOVE NATURAL BEAUTY.

Mesej dibawa khas dari :
Cza D'Boutique & Beauty

www.cza.com.my
www.czadboutique.com

Email : czaboutique@gmail.com
Whatsapp : 0177090029


HAZA

0 comments:

Post a Comment